RAMADHAN just around the corner , 10th July

Assalamualaikkum wbt

Since , ramadhan become nearer to us , lets begin with some exercise to make a wonderful ramadhan full of barakah :) here some tips that I got from lagitillahi.com.my 

  1. Lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan.
  2. Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis
  3. Latihan dan intensif tidur awal dan membiasakan diri untuk bangun awal.
  4. Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan penuh tadabur, khusyuk dan terancang.
  5. Luangkan masa mendengar lantunan bacaan Al-Quran daripada pasangan anda, qari-qari yang terkenal  dan kaset-kaset radio.
  6. Biasakan diri untuk sentiasa memelihara wudhuk.
  7. Dekati, hampiri dan bergaul dengan orang-orang yang alim, warak dan soleh.
  8. Setiap malam sebelum tidur, bermuhasabahlah diri kita.
  9. Perbanyakanlah mendirikan solat sunat setiap hari,  terutamanya di saat sepertiga malam.
  10. Dalam sehari, berikanlah masa untuk bersendirian untuk berzikir kepada Allah SWT.
  11. Mulakanlah amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.
  12. Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan sama ada dalam bentuk keilmuan, bantuan kewangan, pertolongan kudrat dan kemahiran yang kita miliki.
  13. Luangkan masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja disekitar anda dan berbincangkanlah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan, harapan, perlaksanaan dan sebagainya.
  14. Bagi yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, maka rancanglah ia dengan sebaiknya.
  15. Hebah-hebahkan, war-warkan dan maklumkan tentang ketibaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kepada kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja melalui SMS, emel, FB, twitter dan blog-blog anda
- Apakah definisi puasa bagi anda ?
Puasa bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga . 

-Kenapa kita perlu berpuasa ya?
Kita perlu berpuasa kerana untuk melatih diri kita menjadi seorang penyabar , serta untuk mengingati saudara kita yang kurang berkemampuan seperti kais pagi makan pagi . 

Sebenarnya , bulan Ramadhan ini pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk kita bertaubat dan kembali ke pangkal jalan . Hal sedemikian kerana , dimana bulan Ramadhan ini syaitan-syaitan serta jin dikurung . So, takda alasan lah untuk kita beribadah . Mari lah kita menyambut ketibaan Ramadhan ini dengan penuh keberkatan serta menyempurnakan ibadah puasa kita dengan mengerjakan solat sunat tarawih dan demikian anggap lah bahawa mungkin Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir untuk kita . Mana kita tahu kan ? kerana Allah SWT sebaik-baik Pencipta . Dan semoga Ramadhan kali ini membawa seribu penghayatan buat kita semua umat islam seluruh dunia . Guna lah sebaik-baiknya 10 malam Ramadhan terakhir untuk beristiqomah untuk mendapat keberkatan Malam Lailatul Qadar . 

Comments

Popular Posts